KONSEP KECERASAN

💘Apa itu kecergasan?

Kecergasan adalah satu keadaan di mana fizikal seseorang itu membolehkan ia melakukan
aktiviti-aktiviti harian dengan efektif, mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti-aktiviti
riadah dan masih mempunyai tenaga yang mencukupi ketika waktu kecemasan.
Kecergasan boleh ditingkatkan dengan senaman yang bersesuaian.
Jumlah komponan kecergasan fizikal boleh dikenali/ketahui dengan 11 komponen. 5
daripadanya komponen berkaitan dengan kesihatan dan 6 lagi komponan berkaitan dengan
kemahiran.


💘Apakah perbezaan komponen kecergasan?

Ketahanan sistem jantung(Kecergasan Aerobik)

Ia adalah keupayaan jantung untuk mengekalkan tahap
kecekapan yang berterusan untuk jangkamasa yang lama
untuk aktiviti yang memerlukan banyak tenaga seperti
joging, berlari atau berenang.

Ianya merujuk kepada jumlah struktur utama anggota tubuh
badan: otot, tulang dan lemak.

Ianya adalah tahap kekuatan otot untuk menampung sesuatu
aksi tertentu.

Merujuk kepada keupayaan kumpulan otot untuk terus
berfungsi ke tahap waktu yang ditentukan (stamina otot).

Keupayaan untuk melentur dan bergerak dengan lembut dan
berupaya untuk melakukan pergerakkan lingkungan penuh.

💘Enam komponen lain:


• Ketangkasan/ kelincahan
• Keseimbangan
• Kelajuan
• Masa reaksi
• Koordinasi
• Kepantasan/kecepatan


Komponen yang utama dalam kecergasan fizikal ialah ketahanan sistem jantung dan
komposisi badan


💘Apakah itu senaman?


Senaman adalah satu bentuk aktiviti fizikal atau rekreasi yang menyeronokkan dirancang dan
diulang-ulang, dilakukan untuk meningkatkan status kesihatan dan tahap kecergasan.
Ia dilakukan dengan melibatkan satu antara lima komponan yang dinyatakan di atas. Ahli
sukan boleh membina/membentuk enam komponen yang lain.


Apa jenis senaman yang perlu untuk membentuk komponen kecergasan?


• Untuk membentuk sistem jantung dan tahap ketahanan otot seseorang itu perlu
melakukan senaman aerobik
• Untuk meningkatkan kekuatan otot, latihan kekuatan atau latihan mengangkat berat
perlu dilakukan
• Untuk meningkatkan fleksibiliti, senaman regangan perlu diamalkan.Yoga juga
adalah satu aktiviti yang baik untuk meningkatkan fleksibiliti
• Komposisi badan juga akan bertambah baik dengan senaman aerobik
• Untuk meningkatkan kemahiran yang melibatkan komponen, senaman khas yang
dirancang adalah perlu. 


Senaman ini adalah senaman khas di mana melibatkan latihan sukan di bawah pengawasan jurulatih.




💗Senaman aerobik adalah aktiviti yang dilakukan secara berterusan sekurang-kurangnya
selama 20 minit sehingga mencapai degupan jantung tidak kurang dari 120 denyutan seminit.

Semasa aktiviti ini dijalankan, seseorang itu perlu mengelakkan dari mengalami kesusahan
bernafas. Walaubagaimanapun pertambahan denyutan jantung adalah sesuatu yang dijangka.
Denyutan jantung akan terus meningkat tetapi tidak lebih dari 175 denyutan seminit. Untuk
orang yang baru memulakan latihan, mungkin mencapai sehingga 125 denyutan seminit.
Senaman latihan tenaga adalah senaman yang dilakukan secara melawan rintangan seperti tekan tubi, angkat dagu (bersenggayut), separa menyangkung (menyangkung sepenuhnya tidak digalakkan), duduk tegak (sit ups). Latihan dengan beban seperti -dumb bells- dan peralatanperalatan gymnasium lain juga membantu pembentukan otot. Semakin besar otot itu semakin kuat otot itu. Senaman regangan sangat digalakkan selepas setiap aktiviti fizikal. Otot-otot tertentu atau kumpulan otot akan diregankan perlahan-lahan. Sedikit rasa kurang selesa atau ketegangan akan terasa tetapi tidak sehingga menyakitkan. Regangan dilakukan secara statik tidak kurang dari 15 saat (15-30). Elakkan pergerakan lonjakan semasa regangan dan elakkan dari menahan nafas.


💘Apakah itu prinsip FITT (kecergasan)?
F - Frequency ialah kekerapan melakukan senaman.
I - Intensity ialah kekuatan sesuatu senaman ditentukan dengan pengiraan kadar denyutan
jantung anda.
T - Time ialah peruntukan masa untuk senaman aerobik (tidak kurang 20 minit untuk lebih
berkesan).
T - Type ialah jenis senaman yang penting. Beberapa jenis aerobik yang berbeza adalah
digalakkan.

💘Apakah jenis aktiviti yang boleh saya pilih untuk meningkatkan
kecergasan saya?

Anda boleh memilih aktiviti seperti:
• Joging
• Permainan seperti futsal, bola sepak, hoki dan badminton
• Berjalan kaki
• Memanjat tembok
• Mengambil bahagian dalam acara larian
• Berbasikal

Aktiviti fizikal hendaklah dilakukan secara berkala.

Anda perlu memulakan aktiviti secara perlahan, dengan intensiti dan frekuensi rendah
seterusnya ditingkatkan secara perlahan-lahan mengikut keselesaan.



Comments