KONSEP SOSIOLOGI SUKAN
Sosiologi
kajian saintifik tentang struktur dan proses sosial dalam
masyarakat
Saintifik:
sesuatu yang teratur, empirikal, sistematik serta mengambil
kira isu
berkaitan validiti (kesahan) dan reliabiliti
(kebolehpercayaan) kaedah
kajian yang digunakan.
Struktur:
suatu organisasi yang wujud dalam masyarakat mikro dan makro
seperti individu, seorang pelajar, seorang atlit dan seorang guru. Makro pula
kumpulan pelajar, satu pasukan, satu unit beruniform.
Proses:
Interaksi yang berlaku antara individu dan kumpulan dalam
masyarakat dalam bentuk komunikasi, konflik, komersialisasi, birokratik,
sosialisasi, proses menginstitusikan dan proses lain yang berkaitan.
Definisi Sosiologi Sukan
Bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosiologi untuk
melihat dan memahami apa yang berlaku dalam sukan. Ini termasuklah usaha untuk
memahami interaksi yang wujud antara individu dalam pasukan dan mereka yang
berkaitan dengannya seperti penonton, pengurusan dan media. Isu sosiologi yang
signifikan dalam sukan termasuklah corak organisasi sosial yang terlibat, sifat
formal sukan seperti pasukan, jurulatih, pemain, penganjur, undang-undang dan
peraturan, tahap keseriusan menghadapi pertandingan seperti menang-kalah tidak
ditentukan lebih awal dan penekanan terhadap kemahiran fizikal yang tinggi.
Ciri Institusi Sukan
Untuk membolehkan sukan diinstitusikan sebagai satu
institusi sosial dalam masyarakat, beberapa kriteria tertentu perlu dipenuhi
bagi membolehkan ianya diterima sebagai satu institusi sosial. Antaranya
adalah:
(a) undang-undang dan peraturan -
wujudnya undang-undang dan
peraturan yang mengawal perjalanan sukan tersebut.
(b) sosioemosi -
kesan sosial dan psikologi individu yang
dicapai menerusi penglibatan dalam sukan,
antaranya:
*Katarsis -
peluang untuk melepaskan tekanan secara yang dibenarkan menerusi sukan.
*Mewujudkan
semangat kekitaan atau berpasukan.
*Semangat
patriotisme.
(c) sosialisasi -
merangsang individu untuk saling mengenali
antara satu sama lain merentasi warna kulit , kepercayaan dan sebagainya.
(d) integrasi -
menyatupadukan individu daripada pelbagai
latar belakang seperti menjadi satu pasukan sekolah, daerah dan negeri.
(e) politik -
alat untuk menunjukkan kuasa (pengurusan
pasukan atau persatuan, hierarki dalam persatuan).
(f) mobiliti sosial -
proses yang bersifat dinamik dan
sentiasa berubah untuk memberi peluang kepada individu untuk meningkat seperti pemain peringkat
sekolah meningkat ke peringkat daerah negeri atau negara.
Proses Sosialisasi Sukan
Sosialisasi
Proses di mana manusia mempelajari mengenai budaya serta
bagaimana menjadi ahli dalam sesuatu masyarakat. Penglibatan dalam sukan
membuka ruang untuk bersosialisasi serta berinteraksi dengan orang lain.
Proses sosialisasi sukan berlaku menerusi dua cara:
SOSIALISASI DALAM SUKAN
SOSIALISASI MENERUSI SUKAN
Sukan menjadi alat kepada proses sosialisasi. Elemen-elemen
dalam sukan seperti sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin serta menghormati
individu lain dan peraturan membantu dalam proses pembentukan sikap, nilai dan
perlakuan individu tersebut.
Kesan Penglibatan Dalam Sukan
Penglibatan dalam sukan menghasilkan kesan-kesan positif dan
negatif kepada individu dan negara. Antara kesan positifnya adalah:
Individu
(a) pembentukan watak -
sukan dapat membentuk perwatakan
individu yang positif.
(b) imej kendiri yang positif -
penyertaan dalam sukan boleh
meningkatkan imej diri.
(c) kualiti kepimpinan -
pembentukan daya kepimpinan
individu, khususnya dalam sukan berpasukan.
(d) semangat patriotisme -
rasa bangga mewakili pasukan
dibentuk menerusi penyertaan dalam bidang sukan.
(e) semangat setia kawan/berpasukan -
terbentuk menerusi
penyertaan, interaksi serta sosialisasi dalam sukan.
(f) kesihatan - peningkatan kesihatan individu secara
keseluruhan boleh dicapai menerusi penyertaan dalam bidang sukan.
Beberapa nilai
positif yang perlu diamalkan adalah seperti menghormati peraturan, sifat
bekerjasama,
bertoleransi dan
nilai-nilai murni yang lain.
Jika tidak diawasi, penglibatan dalam sukan juga akan
mendatangkan kesan negatif kepada individu seperti:
(a) sikap terlalu mementingkan kemenangan sehingga
meninggalkan semangat kesukanan dan berpasukan.
(b) Penggunaan bahan terlarang untuk meningkatkan prestasi.
(c) Keagresifan dalam sukan.
(d) Membelakangkan nilai-nilai kesukanan yang lain.
NEGARA
Penglibatan negara dalam bidang sukan mendatangkan
kesan-kesan seperti berikut:
(a) Sosial
integrasi kaum -
proses integrasi kaum (integrasi nasional) dapat dilaksanakan kerana aktiviti
sukan
merentasi batasan
kaum.
(b) Ekonomi
sumber kewangan -
peningkatan sumber kewangan dari segi penajaan pertandingan, hak penyiaran, kutipan cukai
serta kedatangan pelancong asing (pelancong sukan).
(c) Politik
semangat setia
kawan - khususnya pada peringkat serantau dapat disemai menerusi penyertaan dalam bidang sukan
seperti sukan SEA dan Asia. kerjasama
antarabangsa - dapat diwujudkan menerusi sukan secara
meluas seperti sukan Olimpik, Komanwel dan sukan Asia.
Jika tidak diawasi
penglibatan negara dalam bidang sukan juga akan mendatangkan kesan negatif
seperti:
(a) perbalahan antara negara kerana ingin mendapatkan hak
penganjuran sukan.
(b) Pemboikotan sukan.
Kesannya,
semangat setiakawan serta kerjasama antarabangsa mungkin terjejas jika proses
penglibatan dalam sukan ini
tidak ditangani dengan teliti.
Comments
Post a Comment