Tips Menjawab Sains Sukan bagi peringkat STPM

1. Kuasai istilah dalam sains sukan, definisi umum topik dari setiap topik / tunjang

2. Memahami kosa kata soalan dan kehendak soalan serta perlu bijak mengurus dan mengagihkan masa untuk menjawab soala struktur dan esei.

3. Menjawab berdasarkan markah yang diberi

4. Pilih soalan yang anda ketahui dan yakin dengan jawapan

5. Tinggalkan soalan yang sukar dahulu

6. Sekiranya fakta -fakta yang utama terlupa tetapi masih ada fakta yang berkaitan, logik yang berkaitan akan diberi markah.

7. Bagi soalan esei,teknik pengolahan sangat penting dan diolah mengikut urutan spt FAKTA, BUKTI dan CONTOH.

8. Kesilapan tatabahasa dalam pengolahan tidak akan menjejaskan markah/

9. Gambar rajah, jadual, graf atau peta minda yang menyokong fakta-fakta yang anda berikan akan menambah markah.

10. Soalan esei yang mempunyai pecahan soalan seperti a) b) dan c) adalah lebih mudah berbanding dengan soalan tunggal.

11. Terdapat soalan yang mudah tetapi sukar untuk mendapat fakta hendaklah dielakkan.

12. Penggunaan istilah-istilah sains sukan adalah diwajibkan.

13. Sekiranya semasa menjawab soalan esei/strukturdan tiba-tiba anda mendapat idea atau fakta untuk soalan lain, catatkan fakta tersebut di soalan yang berkaitan agar tidak terlupa.

14. Gunakan pergerakan fizikal semasa menjawab untuk mendapat kpastian yang maksima dan mendapatkan kepastian jenis pergerakan tersebut.

15. Gunakan bahasa yang mudah

16. Sekiranya ada masa , anda boleh menambah jawapan bagi soalan esei.

17. Tulisan hendaklah dijaga agar mudah dibaca oleh pemeriksa dan digalakkan menggunakan pen berdakwat kering agar mengelak daripada kerosakan kertas.






😉 good luck

Comments