Pengelolaan Pertandingan
Sebelum melaksanakan sesuatu pertandingan, Ahli Jawatankuasa
Pengelola perlu memahami peraturan am kejohanan dan undang-undang berkaitan
dengan permainan atau olahraga.Peraturan am kejohanan merupakan hak mutlak
pengelola kejohanan yang berasaskan peraturan am badan sukan tersebut. Manakala
undang-undang
permainan atau olahraga mestilah berdasarkan kepada
persatuan sukan atau majlis sukan tersebut.
Aktiviti Sukan Sekolah (Olahraga), misalnya merujuk kepada
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri (MSSN), MSSM, MAAU, IAAF sebagai panduan.
Pembentukan Ahli Jawatankuasa
Setiap pengelola sukan dan permainan seharusnya membentuk
Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan. Pada kebiasaannya pengelolaan sukan ini
berdasarkan giliran untuk menganjur. Peringkat MSSM, seluruh pengelolaan
diserahkan kepada MSSM yang juga boleh memberi kuasa mengelola kepada mana-mana
MSSN atau Jawatankuasa MSSM. Bagi negeri-negeri juga sama
ada dikelolakan oleh MSSN dan
diserahkan kepada MSSD manakala pada peringkat daerah pula
diserahkan kepada sekolah begitulah seterusnya.
Ahli-ahli Jawatankuasa pengelola boleh dibentuk seperti
berikut:
• Ahli Jawatankuasa Induk.
• Ahli Jawatankuasa Kerja/Kecil.
Ahli jawatankuasa induk terdiri daripada:
• Pengerusi
• Timbalan Pengerusi
• Setiausaha
• Penolong Setiausaha
• Bendahari
• Ahli Gabungan/Majlis
• Negeri
• Daerah
• Sekolah
• Individu
• Ahli Gabungan
Berikut adalah disarankan AJK kerja/kecil:
• AJK Pertandingan
• AJK Teknikal
• AJK Publisiti
• AJK Keselamatan
• AJK Kepegawaian
• AJK Minuman/Makanan
• AJK Penginapan
• AJK Pengangkutan
• AJK Protokol & Jemputan
• AJK Statistik & Keputusan
• AJK Hadiah & Cenderamata
• AJK Seranta
• dan lain-lain mengikut keperluan dan kesesuaian
pengelola.
Senarai Tugas Jawatankuasa Pengelola
Peraturan 10 MSSM telah menyenaraikan tugas-tugas
jawatankuasa
pengelola adalah seperti berikut:
• Menentukan tempat, tarikh dan masa kejohanan setelah
berbincang dengan Setiausaha Agong MSSM, Setiausaha Agong Negeri, Setiausaha
Daerah atau Setiausaha Sukan.
• Melantik pegawai yang bertauliah yang diperlukan.
• Menyediakan peralatan dan persediaan yang diperlukan
seperti padang atau gelanggang.
• Tempat penginapan, pengangkutan, makanan/minuman dan
kelengkapan lain sebulan sebelum kejohanan.
• Menjemput semua S/U Agong/wakil negeri, MSS Daerah, MSS
sekolah mengikut peringkat kejohanan.
• Mengedarkan notis mesyuarat jawatankuasa pengelola dan
salinan minit perlu dihantar kepada setiausaha-setiausaha berkenaan dengan
kejohanan.
• Mengedarkan surat pekeliling dan keputusan penuh kepada
setiausaha-setiausaha:
- MSSM (tiga salinan).
- MSSN (satu salinan).
- YDP MSSN (satu salinan).
• Keputusan rasmi hendaklah dihantar satu bulan selepas
tamat kejohanan.
• Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am dan
peraturan pertandingan berkenaan akan diputuskan oleh jawatankuasa pengelola
dan keputusan adalah muktamad.
Kewangan
Sumber Kewangan
Salah satu komponen dalam pengurusan sukan ialah kewangan.
Tanpa wang aktiviti pengelolaan sukan tidak dapat
dilaksanakan.
Sebelum anda memutuskan bajet pengelolaan, seharusnya anda
tahu arah tujuannya. Dalam hal ini, kita seharusnya
mengetahui
berapakah perbelanjaan yang akan digunakan bagi tujuan di
atas.
Mengapakah kita memerlukan kewangan sebanyak itu dan dari
manakah sumber kewangan tersebut. Perancangan bajet yang
teliti
dan ke arah mana ianya dibelanjakan akan dapat membantu
organisasi menarik penyumbang melalui aktiviti yang
dirancang.
Berapakah perbelanjaan dan wang yang diperlukan bagi bajet
yang
sebenarnya?. Melalui cara ini barulah kita tahu bagaimana
wang itu
dibelanjakan sebenarnya oleh organisasi itu.
Kewangan untuk sesuatu pengelolaan/kejohanan sukan boleh
diperolehi dari sumber-sumber berikut :
• Peruntukan kerajaan seperti sekolah, maktab, negeri atau
negara.
• Mendapat sumbangan daripada penaja seperti Milo, Eon,
Proton dan lain-lain.
• Sumbangan individu dan derma.
Setiap ahli jawatankuasa pengelola sesuatu sukan mesti ada
bajet mereka sendiri. Dengan adanya bajet seperti ini dapat jawatankuasa kerja
menjalankan aktiviti mereka. Setiap ahli jawatankuasa kerja akan menyediakan
bajet mengikut keperluan masing-masing dan dikemukakan kepada jawatankuasa
induk dalam mesyuarat jawatankuasa kerja pengelola kejohanan.
Pelan Tindakan
Membuat suatu pelan tindakan untuk pengelolaan sukan adalah
sangat penting. Melalui pelan tindakan ini kita dapat mengenalpasti apakah
perkara-perkara yang perlu dilaksanakan apabila mengelola nanti. Pelan tindakan
seharusnya melibatkan perancangan sebelum pengelolaan, semasa pengelolaan dan
selepas pengelolaan. Sesuatu pelan tindakan mestilah lebih menyeluruh.
Senarai Semak
Untuk melicinkan sesuatu kejohanan sukan senarai semak
setiap bahagian perlu ada dan bersesuaian dengan event yang dikehendaki. Semua
pengelola sukan seharusnya menyediakan borang semakan ini supaya aktiviti
pelaksanaan dapat dijalankan dengan licin dan sempurna. Berikut adalah beberapa
contoh senarai semak yang boleh digunakan ketika menganjur kejohanan sukan.
Comments
Post a Comment